Buat julung kalinya, Ballin’Cup 2025 bakal menggegarkan arena bola keranjang tempatan! Inilah kejohanan yang dinanti-nantikan oleh komuniti hoopers seluruh negara dan tahun pertama ini lebih istimewa dengan sokongan penaja utama: Vixtory, jenama sukan yang melambangkan semangat kemenangan dan gaya berani di gelanggang.
Apa Itu Ballin’Cup?
Ballin’Cup ialah kejohanan bola keranjang terbuka amatur yang diwujudkan untuk menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik amatur dalam satu pertandingan epik yang meraikan bakat, semangat berpasukan dan persaingan sihat.
Sebagai edisi sulung, Ballin’Cup 2025 menjanjikan sesuatu yang segar, penuh aksi dan disokong sepenuhnya oleh Vixtory, penaja utama yang membawa elemen profesionalisme dan semangat juara ke dalam kejohanan ini.
Kenapa Vixtory?
Vixtory bukan sekadar jenama, ia adalah semangat. Sebagai penaja rasmi edisi pertama Ballin’Cup, Vixtory tampil dengan komitmen membawa komuniti bola keranjang tempatan ke tahap lebih tinggi. Daripada pakaian seragam eksklusif hinggalah ke hadiah dan acara sampingan, Vixtory memastikan edisi pertama ini pecah tradisi, cipta sejarah.
Antara yang bakal menanti anda:
✅ Hadiah lumayan bernilai ribuan ringgit sehingga RM3,000!
✅ Barangan eksklusif Ballin’Cup x Vixtory
✅ Showcase pemain bintang
✅ Platform penjenamaan pasukan dan pemain muda

Siapa Patut Sertai?
Ballin’Cup 2025 terbuka kepada:
Pasukan lelaki & wanita (kategori terbuka – tertakluk kepada kelayakan)
Daftar Pasukan Anda Hari Ini!
Slot penyertaan adalah TERHAD bagi tahun pertama ini. Jadi jangan tunggu saat akhir. Jadi antara yang pertama catat nama dalam sejarah Ballin’Cup!
👉 Klik di sini untuk daftar pasukan sekarang
📅 Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2025
🗓️ Pertandingan bermula: September 2025
📍 Lokasi: SAKER PARK, Seksyen 6, Shah Alam
